Halaman

Ahad, 29 November 2015

Hikmah Perkahwinan

Jom Bincang!

Sila Tekan Link Ini:

http://padlet.com/nadabihah/yspkx0lkvnyc


Situasi pertama

Ahmad merupakan seorang kaki perempuan dan seorang yang bujang. Beliau sering kali keluar dengan pelbagai wanita dan melakukan zina. Pada suatu hari, Ahmad jatuh sakit. Beliau pergi mendapatkan rawatan di hospital dan doktor mengesahkan beliau mendapat HIV Positif. Beliau menyesal dengan segala perbuatannya


Situasi kedua


Siti dan Abu akan melangsungkan perkahwinan mereka pada hujung tahun ini. Keluarga Siti dan Abu sering kali menziarahi antara satu sama lain bagi membincangkan tentang majlis perkahwinan tersebut. Hal ini telah menyebabkan hubungan silaturrahim menjadi semakin erat.


Situasi ketiga

Setelah Zahid dan Aminah mendirikan rumah tangga, mereka menjalani kehidupan dengan bahagia. Mereka sering membantu antara satu sama lain dalam menguruskan hal-hal rumah tangga bersama. Selain itu, sejak mendirikan rumah tangga kehidupan mereka sentiasa dililmpahi rezeki


JOM UJI MINDA!!!

https://b.socrative.com/login/student/

CUIT- CUIT (Babak Hangit)

CUIT-CUIT


Ragam Perkahwinan

SELAMAT PENGANTIN BARU

Mabrouk by Irfan Makki




Selamat Pengantin Baru by P.Ramlee

Sila lihat video ini, dan hayati apa yang hendak P.Ramlee sampaikan dalam lagu ini.

PERKAHWINAN DALAM ISLAM


Konsep Perkahwinan Dalam Islam

 a.   Selaras dengan fitrah manusia yang memerlukan pasangan
 b.   Mendapatkan zuriat yang soleh
 c.   Memupuk sikap tanggung jawab


Pengertian Perkahwinan

a.   Bahasa : Cantum /himpun
b.   Istilah Syarak : Akad yang menggunakan lafaz nikah atau bahasa yang membawa maksud nikah    untuk menghalalkan persetubuhan lelaki dan perempuan


Hukum Perkahwinan

a.   Harus : Tiada tuntutan mendesak atau tiada perkara yang mengharamkannya
b.   Wajib : Mampu zahir dan batin,dikhuatiri terlibat dengan zina
c.   Sunat :  Mampu zahir dan batin, tidak dikhuatiri terlibat dengan zina
d.   Makruh :  Tidak mampu nafkah zahir tetapi berkeinginan berkahwin
e.   Haram : Tidak mampu atau melakukan kezaliman kepada pasangan.


Hikmah Perkahwinan

a.   Menjamin Kesihatan – mengelakkan daripada penyakit kelamin
b.   Memenuhi tuntutan rohani dan jasmani
c.   Menjalinkan silaturrahim antara kedua belah pihak
d.   Memberi ketenteraman kepada suami dan isteri.


Asas Pembinaan Rumah Tangga untuk Menjamin Kebahagiaan

a.   Iman dan takwa
b.   Kasih sayang dan kasihan belas
c.   Pergaulan yang baik


Persediaan Sebelum Memasuki Gerbang Perkahwinan

a. Ilmu dan akhlak
b. Fizikal dan mental
c. Ekonomi yang stabil


Rabu, 18 November 2015

Ahad, 15 November 2015

Buku Teks



Sejarah Tamadun Umaiyah merupakan salah satu dari tajuk sukatan pelajaran Pendidikan Islam untuk Tingkatan 4


Video Secara Ringkas: Bani Umaiyah


Faktor Kejatuhan

1. Sikap beberapa orang pemerintah yang mengabaikan ajaran Islam
2.  Pemilihan pemerintah tidak dilakukan melalui majlis Syura.
     Muawiyah tidak mentaati isi perjanjian yang telah dilakukannya dengan Hasan ibn Ali ketika ia menaiki takhta, yang menyebutkan bahwa persoalan pergantian pemimpin setelah Muawiyah akan diserahkan kepada pemilihan ummat Islam. Hal ini terjadi ketika Muawiyah mewajibkan seluruh rakyatnya untuk menyatakan setia terhadap anaknya, Yazid. Saat ini merupakan permulaan sistem pemerintahan secara turun temurun.
3.  Pemerintah bersikap tidak adil dan membezakan orang Arab dengan bukan Arab

Faktor Kegemilangan Kerajaan Umaiyah



1.  Kecekapan dan kebijaksanaan khalifah
2.  Penguasaan ilmu pengetahuan
3.  Ekonomi yang stabil
4.  Kekuatan tentera



Sumbangan Kerajaan Bani Umaiyah Kepada Tamadun Islam

1.      Perkembangan Ketenteraan

Syarat Dan Peringkat

Penyerahan Dibuat Dengan Syarat-Syarat

1)       Muawiyah mesti memerintah berdasarkan  al-Quran dan as-Sunnah.
2)       Sentiasa menghormati dan memuliakan keluarga Nabi Muhammad S.A.W.
3)       Pemilihan jawatan khalifah selepasnya mestilah berdasarkan Majlis Syura.

Penubuhan Kerajaan Bani Umaiyah


Masa ini adalah masa keemasan Islam, masa dimana generasi terbaik Islam hidup bahkan di antara mereka ada yang menduduki tampuk pemerintahan. Masa ini adalah masa dimana para sahabat Nabi masih hadir membimbing umat. Masa ini adalah masa berkumpulnya tiga generasi terbaik iaitu sahabat, tabi’in, dan tabi’ tabi’in. Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,