Ahad, 29 November 2015
PERKAHWINAN DALAM ISLAM
Konsep Perkahwinan Dalam Islam
a. Selaras dengan fitrah manusia yang memerlukan pasangan
b. Mendapatkan zuriat yang soleh
c. Memupuk sikap tanggung jawab
Pengertian Perkahwinan
a. Bahasa : Cantum /himpun
b. Istilah Syarak : Akad yang menggunakan lafaz nikah atau bahasa yang membawa maksud nikah untuk menghalalkan persetubuhan lelaki dan perempuan
Hukum Perkahwinan
a. Harus : Tiada tuntutan mendesak atau tiada perkara yang mengharamkannya
b. Wajib : Mampu zahir dan batin,dikhuatiri terlibat dengan zina
c. Sunat : Mampu zahir dan batin, tidak dikhuatiri terlibat dengan zina
d. Makruh : Tidak mampu nafkah zahir tetapi berkeinginan berkahwin
e. Haram : Tidak mampu atau melakukan kezaliman kepada pasangan.
Hikmah Perkahwinan
a. Menjamin Kesihatan – mengelakkan daripada penyakit kelamin
b. Memenuhi tuntutan rohani dan jasmani
c. Menjalinkan silaturrahim antara kedua belah pihak
d. Memberi ketenteraman kepada suami dan isteri.
Asas Pembinaan Rumah Tangga untuk Menjamin Kebahagiaan
a. Iman dan takwa
b. Kasih sayang dan kasihan belas
c. Pergaulan yang baik
Persediaan Sebelum Memasuki Gerbang Perkahwinan
a. Ilmu dan akhlak
b. Fizikal dan mental
c. Ekonomi yang stabil
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan