Halaman

Ahad, 15 November 2015

Penubuhan Kerajaan Bani Umaiyah


Masa ini adalah masa keemasan Islam, masa dimana generasi terbaik Islam hidup bahkan di antara mereka ada yang menduduki tampuk pemerintahan. Masa ini adalah masa dimana para sahabat Nabi masih hadir membimbing umat. Masa ini adalah masa berkumpulnya tiga generasi terbaik iaitu sahabat, tabi’in, dan tabi’ tabi’in. Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,
                   خَيْرُ النَّاسِ قَرْنِي ثُمَّ الَّذِيْنَ يَلُوْنَهُمْ ثُمَّ الَّذِيْنَ يَلُوْنَهُمْ
“Sebaik-baik manusia ialah pada generasiku, kemudian generasi berikutnya, kemudian generasi berikutnya.” (HR. al-Bukhari dan Muslim).

Selepas kemangkatan Ali bin Abi Talib 14 Hijrah, penduduk Kufah melantik Hasan bin Ali sebagai   pengganti ayahandanya, walaubagaimanapun, beliau terpaksa menyerahkan jawatan tersebut kepada Muawiyah bin Abu Sufian kerana tidak dapat menyelesaikan huru-hara dan pertumpahan darah yang berlaku dalam negara.
Kekhalifahan Bani Umayyah didirikan pada tahun 41H dengan penyerahan kuasa oleh cucu Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam, al-Hasan bin Ali kepada Muawiyah bin Abu Sufyan. Al-Hasan radhiallahu ‘anhu melakukan hal itu untuk menjaga kesatuan dan terjaganya darah kaum muslimin setelah sebelumnya terjadi perpecahan.
Munculnya daulah ini membuat posisi orang-orang penyebar fitnah perpecahan terhapus dan membuat cita-cita mereka pupus. Kerana mereka hanya menginginkan imej umat islam tercalar. Mereka menginginkan peperangan dan perpecahan umat ini terus berlangsung. Penyerahan kekuasaan yang dilakukan oleh cucu Rasulullah menunjukkan bahwa berdirinya kekhalifahan ini tidak dengan cara-cara yang tidak disyariatkan seperti memberontak dan lain sebagainya.
Asal nama kerajaan Bani Umaiyyah adalah mengambil nama sempena nama datuk Muawiyah,pengasas kerajaan ini iaitu Umaiyyah bin Abdul Syams,seorang pemimpin kaum Quraish yang kaya dan berpengaruh.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan