- Muawiyah sangat mengambil berat tentang pertahanan negara. Beliau mengemaskini angkatan tentera dengan meniru corak gerakan tentera daripada Parsi.
- Kerajaan turut menubuhkan angkatan perang yang teratur dan dilengkapi dengan peralatan moden dan canggih.
- Muawiyah membahaggikan Tentera kepada lima bahagian :
1. Pasukan teras diletakkan di tengah-tengah (Qalbu Al-Jaisy)
2. Sayap kanan (Al-Maimunah)
3. Sayap kiri (Al-Maisarah)
4. Pasukan hadapan (Al-Muqaddimah)
5. Barisan belakang (Safah Al-Jaisy)
2. Perkembangan Pendidikan.
- Khalifah sangat mengambil berat terhadap perkembangan ilmu pengetahuan.
- Khalifah Abdul Malik bin Marwan dan Umar bin Abdul Aziz merupakan ulama yang alim dalam bidang al-Quran, tafsir, hadis dan nahu yang menjadi tumpuan utama pendidikan pada ketika itu.
- Kota Basrah menjadi terkenal sebagai pusat penyebaran ilmu. Bahasa Arab sebagai bahasa pengantar dan bahasa rasmi kerajaan.
- Disiplin ilmu yang terkenal sebagai ‘At-Tadwin’ wujud kesan daripada kegiatan penulisan, pembukuan dan pembinaan perpustakaan.
- Dari negeri-negeri taklukan, Daulah Umayyah lahirlah putra-putra terbaik Islam semisal Imam Bukhari, Muslim, an-Nasa-i, Tirmidzi, Ibnu Khaldun, ath-Thabari, adz-Dzahabi, dan tokoh-tokoh lainnya.
3. Ekonomi
- Kekuatan ekonomi negara bergantung kepada pertanian dan perdagangan
Hasil Negara:
1. kharaj
2. jizyah
3. zakat
4. usyur
5. fai
6. ghanimah
Tiada ulasan:
Catat Ulasan